Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Berita Baik Buat Pelajar

EmpayarUtama - Friday, October 21, 2016 : 2 comments

Enam hari lepas bila puteri sulung tunjuk 'flyers' ni aku buat derkkk aja. Aku kata tak payah payah! Iyalah, satu hari seminar dari lapan pagi hingga lima petang boleh 'cover' sampai lima subjek... baik tak payah pergi sekolah sebelum ini.

Sebagai bapa yang setiap hari mengikuti perkembangan pelajaran
anak-anak, aku boleh agak setakat mana pencapaian dan sejauh mana mereka boleh pergi. Tapi kalau pencapaian mereka di luar jangkaan (lebih baik) itu 'bonus' buat mereka.

Berbaloi dengan kehadiran ke sekolah sepanjang tahun; tuisyen; kelas tambahan; serta aku sendiri kelam kabut lari dari tempat kerja untuk jemput anak pulang dari sekolah (walaupun sudah membayar tambang bas sekolah tetapi disebabkan waktu balik yang tak menentu memanglah anak tak dapat nak naik bas sekolah tu...). Aku berterima kasih kepada semua guru yang aku fikir adalah yang terbaik dalam memberi pendidikan kepada anak-anak murid.

Kedudukan dalam kelas dan tingkatan sang anak agak baik. Tapi bila dia bercerita kawan-kawannya yang lain (yang sudah daftar dan bayar untuk seminar tersebut) mengatakan dia sombong, eksyen sebab dah 'pandai' jadi tak nak pergi seminar; aku teruja dan buat sedikit kajian tentang penganjur.

Berikut apa yang aku dapat dari carian di internet:

EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama



1. Ia adalah antara salah satu dari pusat tuisyen yang berlambak di Malaysia.
2. Hanya guna handphone sebagai perhubungan. Selain itu boleh juga berhubung menerusi dua laman sosial - A. instagram - kosong; dan B. Facebook - kemaskini terakhir ialah pada 1 Jun...
3. Facebooknya mengatakan Tuisyen Akademi beroperasi sejak 24 Disember 2006.
4. Nursyafiqqah Eira (pelawat) ada bertanya tentang penulisan karangan PT3 di facebook pada 8 Oktober tapi tak berjawab...
5. Kemaskini terakhir pelawat sebelum Nursyafiqqah ialah pada 9 Mac... lama tu... dekat lapan bulan...
6. Laman web websitepart.com menyatakan website ini didaftar/bina pada 15 Mac 2016 dan dikemaskini pada 5 April 2016 - selepas sepuluh tahun beroperasi : "...was registered on domain.com, llc on 15 March 2016. The site is almost absent on social networks"
7. 'Galeri page' di laman web berstatus 'under construction'...
8. 'News and Update page' di laman web pun berstatus 'under construction'...
9. 'Groups page' di laman web... errr bukan grup tapi seperti perancangan...
10. Antara perancangan dalam 'Groups page' ialah 'Publication' yang sepatutnya telah menghasilkan 'ES Rahsia Tatabahasa' yang dijadual terbit pada Suku ke3 2016! (...dah overdue...)

Manakala carian menerusi mysbusiness.com untuk syarikat pada akaun MBB tertera mengatakan syarikat ini hidup pada 22 Disember 2015. Belum setahun mungkin fokus untuk buat seminar dan kutip duit sahaja.

Sajalah aku letak dalam slide kat atas tu satu gambar 'pemikir' yang menipu yang kerjanya kutip duit kayakan diri sendiri buat seminar sambil mengajak orang lain jadi tamak; buat kerja lain selagi 'ada masa hidup' untuk cari duit cari duit cari duit. Takkan tak perasan apa yang dia buat tu (hanya buat seminar caj mahal-mahal untung dia makan) tak sama dengan apa yang dia suruh orang lain buat (jana pendapatan selagi hidup; selagi boleh tapi bukan melalui buat seminar caj mahal-mahal)...

Aku fikir seminar 'last minute' macam kat atas tu memang bagus. Bagus untuk student yang kaki ponteng atau yang mengharap 'keajaiban' berlaku pada hari peperiksaan tanpa perlu bersusah payah bertahun-tahun belajar... Oleh kerana pada pendapat aku cikgu-cikgu yang sedia ada adalah yang terbaik; memang aku tak galakkan anak-anak ke seminar macam kat atas.


Penangan Siku Kluang

EmpayarUtama - Friday, May 9, 2014 : 4 comments

Zaman sekolah rendah dulu, ada mata pelajaran Lukisan. Dalam jadual waktu cuma sekali seminggu dan ambil dua masa pembelajaran. Sekarang ni dipanggil Pendidikan Seni Visual (PSV) dan darjah 4 ke atas ada subjek tambahan Kemahiran Hidup (KH). Salah satu kerja dalam kelas ialah anyaman kertas. Lebih kurang macam anyam tikar mengkuang.

Aku ingat-ingat lupa arwah nenek rajin buat tikar nih. Mungkin dia ambil upah buat tikar agaknya. Dia akan potong beberapa helai daun mengkuang dan rebus dalam periuk besar. Daun pandan dia kurang sikit agaknya leceh kerana daunnya pendek-pendek. Lepas tu sidai kat ampaian macam sidai kain. Bila dah kering warnanya bertukar jadi pucat dan dia akan potong guna satu alat macam sikat. Nanti daun mengkuang tu akan jadi halus-halus lebihkurang 1cm lebarnya tiap satu.

Pastu dia asingkan jadi tiga longgok. Dua longgok tak berapa banyak; satu longgok lagi banyak. Dia akan rebus tiap longgok tu dalam periuk campur dengan pewarna (esen) satu kaler merah satu kaler hijau satu lagi kaler putih. Tak ingatler berapa lama dia masak tapi pastu kena jemur lagi sampai kering.


Gambar ni cilok Google

Biasanya dia akan buat atas lantai rumah (papan) dan lekatkan hujung tikar guna paku tekan. Untuk ketatkan anyaman dia guna lidi. Kemasan tepi biasanya dia buat 'Tulang Belut'. Sebidang tikar mengkuang tu dia boleh siapkan dalam 3 hari kot. Lebih kurang cenggitulah yang aku ingat.

Kat sekolah pun lebihkurang je cuma tak perlu kelepet belah tepi macam tikar mengkuang. Guna kertas warna; siapkan dan hantar kat cikgu; nanti dapat B (sekarang guna Band bukan band muzik yea :) ).

2 minggu lepas Afrina tunjuk kat aku kerja anyaman dia tapi dia kata nak selang 3-2-3-2 jadi macam siku keluang. Aku kata tak pernah dengar lorrr...

Aku buat sampel camni:


dia kata bukan.

Yang ni pulak:

bukan jugak.

Cuba yang ini pulak:

lagilah bukan katanya.

Sudahnya aku suruh dia buat dulu dan tunjuk pada cikgu. Dia balik dan tunjukkan corak anyaman siku keluang camni:

Aku bagitau dia selain gunakan gam untuk kemaskan anyaman, kita boleh selitkan kertas lain kat belakangnya (kat sini aku guna kertas putih). Tapi dia belasah gam tiap-tiap bucu kertas warna biru tuh. Lepas dia hantar semula minggu lepas; dia kata cikgu tak percaya dia buat. Hahahahahahahah cikgu bagi Band 6 ke?



Jika Kamu Masih Di Sini, Maafkan Aku Ya

EmpayarUtama - Sunday, August 25, 2013 : 12 comments

'Cikgu' satu-satunya gelaran istimewa yang dibawa walaupun empunya diri sudah tiada; terlebih istimewanya berbanding 'doktor' hingga encik pulis juga dipanggil 'cikgu'.

Khas buat semua insan bergelar guru / cikgu, aku mulakan dengan ucapan Selamat Hari Guru Raya Idilfitri Maaf Zahir & Batin (bulan raya daaa...)
Sekali lagi mintak maaf kalau cerita ni meragut kemeriahan Idilfitri barangkali. Seingat aku, setiap kali bercerita pasal cikgu atau sekolah, aku akan beri sokongan atas apa juga aktiviti atau tindakan mereka. Tetapi persepsi kian berbeza bila kebelakangan ini aku mula buat perbandingan zaman.

Aku tak pasti sama ada masa yang berubah atau sejujurnya lah - apakah tugas mendidik benar-benar jadi tanggungjawab (amanah) atau sama saja seperti bidang lain (kerana gaji...?) Atau dalam ayat lain; adakah tanggungjawab mendidik lebih utama berbanding sara hidup... atau tiada keseimbangan antara kedua-duanya?

Zaman aku dulu; kami takut betul ponteng sekolah. Bila guru buat kelas tambahan di rumah (dulu tak buat di sekolah) dan salah seorang anak murid tidak hadir (aku le tu) - guru sendiri datang berjumpa ibu bapa. Bila bersukan (di sekolah lain), guru sanggup berpakat kongsi 3-4 kereta ambil pelajar untuk bersama-sama ke acara sukan. Jika menang, mereka belanja makan sebelum hantar kami pulang.

Bila ada apa-apa acara di sekolah, satu senpun tidak diminta dari ibubapa kami (mungkin masa itu sekolah dah cukup duit atau para guru bijak ambil inisiatif untuk dapatkan sumber kewangan). Yang penting, sewaktu acara apa pun di sekolah - tiada gerai jualan. Hanya ibu bapa berkumpul di sana sini untuk lebih mengenali satu sama lain; eratkan silaturrahim bersama para guru yang juga turut serta.

Waktu persekolahan - rotan sebesar jari kelingking memang jadi belasahan kami. Ibu bapa serah bulat-bulat kepada guru dan ayat lazim yang rajin kedengaran "asal jangan sampai cacat sudahlah". Begitu sekali hormat ibu bapa kepada para guru zaman dulu hingga tidak perlu apa-apa 'akta'. Corak disiplin yang ketat hinggakan berbual atau berbaris tidak lurus juga boleh dapat penampar percuma cikgu... Hehe indahnya kenangan zaman sekolah masa itu.

Cerita di sekolah menengah yang memang aku ingat sampai bila-bila - kami diberi tugasan 3 sekumpulan untuk bentang tajuk dan buat presentation (Bahasa Malaysia) dan tiba giliran kumpulan aku; kami bertiga hilang dari kelas menyorok dalam perpustakaan. Kami tahu cikgu akan buat laporan mengajar dalam buku log harian. Dah jenis 'terjal', malam itu kami pecah masuk bilik guru untuk tuang air dalam buku tersebut. Sebelum buat kerja tak berfaedah tu, kami baca dulu apa yang ditulis. Malu sungguh bila catatan laporan tidak seperti dijangka. Cikgu menulis persembahan kami bagus; menepati tajuk diberi; dibuat melebihi masa ditetapkan dan markah keseluruhan kumpulan adalah A. Memang sebak bila baca segala perinciannya. Sama ada 'ego remaja' atau 'terjal melampau', mungkin juga kerana malu yang teramat; hinggalah cerita ini aku kongsikan dalam belog hari ini kami tidak mengadap beliaupun untuk minta maaf. Aku respek semua cikgu kerana kekalkan prinsip guru adalah guru dan anak murid tetap anak murid. Maafkan aku cikgu kerana tidak sempat minta maaf...

Cikgu Jaja, sebenarnya aku takut nak berkongsi cerita ni.
Ada yang tak suka...

Zaman sekarang - apa majlispun jika dianjurkan di sekolah, akan dimaklumkan secara bertulis dengan kepala rasmi sekolah. Tak cukup dengan itu, ada slip derma di bahagian bawah yang mesti dipulangkan bersama 'derma ikhlas'... Dan guru terlebih mendekati anak murid hingga boleh jadi rakan se'fesbuk' kalau tidakpun jadi rakan se'wechat'.

Er, aku tak nak teruskan. Takat ini ajalah...

Satu Lagi Catatan Dalam Malaysia Book Of Records

EmpayarUtama - Wednesday, March 7, 2012 : 19 comments

Setakat aku hidup tak pernah lagi nampak atau dengar kat mana-mana negeri; Exco lebih berkuasa dari Menteri Besar. Dah panggil entah belum panel Malaysia Book Of Records untuk direkodkan.

Enam tahun jugalah aku belajar kat Kedah tu segala-galanya ok. Aku je yang tak ok sebab terjal sangat. Suka mencuba perkara yang dilarang pihak
sekolah - ponteng kelas; menyelinap ikut pagar belakang asrama; jadi 'pusher'; tiap hari mengadap pengetua; kena rotan; kena tidur atas jalan; gantung sekolah; ish macam-macamlah.

Rindu pulak kat zaman sekolah dulu-dulu. Kalau aku berminat jadi cikgu dan kena mengajar kat asrama, takde can bebudak sekolah nak sorok barang-barang terlarang gamaknya. Nasib baik tak jadi cikgu hehe.

Tapi bila pengakuan cikgu yang menyebabkan kematian sorang murid (Allahyarham adik Saiful Syazani); alamak alamak kat Kedah jugak cerita ni rupanya erkkkkkkk..... Gamis tak nak ulas apa-apa ke? Eh, Gamis dah jadi sejarah rupanya. Banyak link yang dah tak hidup. Patutla senyap je.

Zaman aku sekolah dulu ada subjek Sejarah dan Geografi tapi ramai pertikaikan Hikayat Hang Tuah (Hang Tuah cakap dalam hatipun Tun Sri Lanang boleh tau; Hang Tuah pergi Indonesia, China, daki Gunung Ledang pun dia ikut - habis semua cerita dalam kelambu dia tau) dan Tsunami, perang serta politik dah tukar bentuk muka bumi; sekarang dua subjek ni dah tak relevan kot.

Tapi kita ada Guinness World Records dan dah ada pun Malaysia Book Of Records. Kandungannya lebih kepada fakta dan sejarah jadi mungkin akan ada cadangan untuk jadikan buku-buku ni sebagai subjek hehe...



Alamak Nazir Datang Melawat

EmpayarUtama - Saturday, January 21, 2012 : 31 comments

Masa sekolah rendah dulu kalau korang perasan la kan; akan ada guru yang tak dikenali datang kat sekolah pastu samaada dia atau guru len (pun korang tak kenal) akan duduk diam-diam kat belakang sekali sambil nengok cikgu mengajar dan nengok korang belajar. Yang bestnya sehari sebelum tu cikgu kelas akan pesan; "esok kalau saya tanya soalan - semua angkat
tangan. Tak tau pun tak apa yang penting semua angkat tangan". Kita yang tak tau apa-apa ikut jelah apa yang cikgu pesan.

Si cikgu ni pulak dah tau mana satu anak murid dia yang agak pandai dan masa guru pelawat datang dok kat belakang; dia akan pilih murid yang pandai tu jawab. Kan?

Erkkk terlupa daaa. Lama juga aku tak bercerita. Memang tak sempat bila dapat tambahan kerja. Nampak rezeki tahun ni macam Alhamdulillah sebab dapat lagi job baru. Walaupun bidang kerja professional; aku kerja sendiri. Dapat kontrak dapatlah gaji, kontrak pula kena renew annually. Tapi best tau kerja cam ni tak terikat ngan waktu pejabat. Cuma untuk bulan Januari ni kelam kabut jugak nak mengadjust timing job sedia ada dengan job baru. Curi-curi masa buat kerja bukak belog sendiri hehe... Ok ok balik kat cerita tadi; pedia aaa...???

Bukan apa, aku teringat kat Jiwa Kacau yang kata belum pernah terima anon singgah komen kat belog dia. Aku saja je relatekan Nazir ngan anon sebab anon ni manusia juga dan biasanya komen dari anon ni agak pedas sikit (sebab tak ada link) kalau yang ada link tu biasanya warna merah jadi terlebih pedas hahahahahapa aku tulis ni? Macam yang aku pernah bagitau; kena fikir yang positif je. Selalunya komen tu lebih kepada rasa tak puas hati tapi kita boleh belajar untuk perbaiki bila dapat pandangan anon. Tapi ada juga belog yang siang-siang dah set untuk blok komen dari anon. Manalah taukan anon tu antara kawan-kawan kita juga cuma segan nak tulis nama (nak jaga hati kengkawanle tu).

Ni baru je dapat komen Anon dalam Bagus Sangat Ke Ping Tu :
Yang ni pun baru juga aku terima, tapi dalam cerita Pakaian Seragam. Dekat setahun dah entri ni.
Ada sesapa yang boleh bagitau aku camana nak PM (personal message) si anon ni? Atau kalau anon terbaca entri aku yang ini; emel lah kat aku boleh kita sembang-sembang. Tak pun pekena teh kat warung pun oke...


Pengaruh, Mempengaruhi Dan Dipengaruhi

EmpayarUtama - Saturday, April 23, 2011 : 1 comment

Masa sekolah menengah dulu, aku masuk senarai 6 pelajar paling nakal merangkap 'jahat susah nak dibentuk'. Banyak sesi kaunseling kami hadiri baik oleh cikgu kaunseling maupun pengetua.

Tapi entah kenapa respek kitorang kat para guru masih tebal masa tu. Kalau orang tua kami dipanggil mengadap,
tau apa yang cikgu akan kata?
"Anak encik ni bagus, baik orangnya. Dia cuma terpengaruh dengan perangai beberapa kawan lain yang nakal. Masih boleh dibentuk lagi. Kami akan cuba perbaiki kelemahan baik dari segi perangainya dan kelemahan sekolah ini." Walaupun bontot aku ni banyak gak berbirat kesan rotan dari cikgu disiplin; tak ada rasa dendam pun kat mereka. Kenapa ya?

Aku rasa, mungkin sikap para guru tu sendiri yang buat kami rasa malu. Apa taknya. Ikut pada ayat cikgu tadi, siapa dia kawan lain yang mempengaruhi kenakalan aku? Tak de orang len dah, kami berenam nilah yang mempengaruhi bebudak len pun kalau akan jadi lebih nakal. Tapi cara diplomasi cikgu-cikgu aku masa tu yang masih menyimpan perangai buruk kami dari pengetahuan orang tua serta keyakinan mereka meyelesaikan masalah di sekolah buat aku mengangkat tinggi martabat para guru (masa aku budak sekolah la...).

Kadang-kadang apa yang ditulis pun boleh mempengaruhi (pemikiran) seseorang. Lebih-lebih lagi bila gaya penceritaan yang sama tiap hari pulak tu. Bukan setakat kenakalan perangai yang aku bawak masa sekolah saja yang boleh pengaruh kawan-kawan lain.

Terima kasih ya cikgu...