Home » , , » Jauh Di Sudut Hati...

Jauh Di Sudut Hati...

EmpayarUtama - Friday, April 15, 2016 : 1 comment

Ingat tak lagi kisah raya tahun 2013. Baru-baru ini aku sempat bersembang lama dengan makcik tu. Muka dia ceria berseri-seri. Rupanya baru balik dari mengerjakan umrah.

Katanya sebab dah agak uzur maka mahram kena jadi peneman untuk menjaga dan mengurus. Katanya setelah berunding, anak perempuan yang tinggal berdekatan setuju untuk pergi bersama.

Aku tanya apa khabar banyaklah kursus umrah sebelum bertolak, kan? Adalah 4-5 kali kata makcik tu tapi kursusnya di Johor Bahru. Aku kata oklah sebab anak perempuan dia mesti pergi bersama tiap kali berkursus.

Jawab makcik - dia sibuk. Jawapan yang sama aku peroleh sewaktu ziarah beliau hampir tiga tahun lalu. Pergi kursus asing-asing. Erkkk camana tu makcik?

Makcik tu beritahu dia tinggal di JB rumah anak lelaki yang akan hantar tiap kali ada kursus. Rumah anak lelaki dia tu dekat jugalah dengan masjid tempat berkursus. Dah tu balik pun asing-asinglah dengan anak perempuan makcik? A’ah makcik tu jawab. Ooo camtu...

Makcik tu sambung lagi. Katanya di sana dapatlah dia melawat makam nabi, Taman Raudah, ladang kurma, kilang Quran, beribadat di dalam masjidilharam dan laksanakan segala urusan umrah. Bila dia bercerita satu persatu pengalaman di sana; hati nurani aku sebagai seorang anak mula tersentuh. Air mata mula bergenang cuma tak menitik...

Katanya ada tempat yang perlu berjalan kaki dan dia tak berapa kuat untuk berjalan. Maka dia berkerusi roda (wheelchair). Seorang anak muda bernama Faiz (antara anggota rombongan) rajin bantu tolak kerusi roda dia.

Makcik terus bercerita pengalaman selama berada di sana. Riak muka masih ceria. Hati aku saja yang tak tentu arah.

Pernah sekali dia tinggal sahaja di pintu masjidilharam hinggalah semua ahli rombongan telah kembali ke bilik hotel masing-masing.

Anak perempuan dia akhirnya bertemu setelah ikhtiar terakhir adalah bersujud dan mohon Alllah temukan kembali dengan ibunya.

Aku sebagai anak lelaki yang masih ada ibu makin cair rasa nak mengalir dah airmata ni. Ishhh sedihnya...

Makcik tu masih dengan muka ceria bercerita lagi anak perempuan dia ada bawa dia untuk mengerjakan tawaf perpisahan (Tawaf Wada) – pada hari terakhir ziarah. Ohhh Alhamdulillah adalah juga masa anak perempuan dia bersama makcik tu.
Makcik tu amat suka bercerita tentang Faiz dan aku rasa banyak masa makcik tu bersama beliau berbanding anak perempuan dia sendiri di sana. Syabas dan tahniah aku ucapkan kerana berjaya buang jauh-jauh segala sifat sombong, riak dan ego yang biasa wujud dalam diri kita.

Sebelum berpisah aku beritahu makcik tu Alhamdulillah selamat pergi dan kembali dari tanah suci semoga panjang umur kerana aku sendiri belum berpeluang ke sana...

Buat isteri, buat anak-anak; buat yang membaca; semoga kamu semua memahami...





1 Comments

1 comment:

  1. Assalaamualaikum.

    Tetiba cemane entah, Allah gerakkan jari terjumpa entry ini. Ada hikmah rupanya.

    Setelah membaca keseluruhan isi cerita, subhanallah, kasihan mak cik tersebut. Semoga semua yang membaca akan mengambil iktibar daripadanya.

    Cuma agak kesal kerana penulis memaparkan kisah dari pihak mak cik itu sahaja. Agak musykil, hubungan penulis dengan mak cik kerana mak cik boleh bercerita sebegitu detail dengan mengaibkan anak perempuan sendiri kepada orang lain, lebih-lebih lagi cerita di tanah suci. Saya beri cadangan agar penulis cuba membuat temuramah juga dengan anak perempuan mak cik tersebut, temuramah juga dengan beberapa ahli jemaah kumpulan tersebut, serta insan yang bernama faiz itu. Pastikan kesahihan cerita ini. Kerana, jika cerita tidak sahih sepenuhnya, saya simpati pula dengan anak perempuan mak cik itu. Pastinya banyak cemuhan yang diterima, sedangkan mungkin ceritanya tidak begitu.

    Tapi, tak mengapalah. Semua yang dapat memijak di tanah suci itu adalah tetamu Allah. Jadi, Allah yang merencanakan bagaimana cara Dia melayan tetamuNya bergantung kepada kehidupan tetamunya itu sendiri.

    Sama ada dipermudahkan atau sebaliknya, itu bahangian mereka yang telah Allah tetapkan. Siapa kita untuk mempertikaikannya?

    Jika nak tahu keadaan sebenar di sana, pergilah sendiri menjadi tetamu Allah.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~